Pages

Wednesday 7 May 2014

DIET UNTUK PESAKIT DIABETES

Assalammualaikum and hye semua..
Lama sudah tidak update entri baru..saya terlibat dengan pengurusan sesi lawatan Presiden Obama ke sini baru-baru ni..ok, itu satu penipuan..actually, saya busy ulang alik ke hospital menemani ibu tercinta yang telah dimasukkan ke wad akibat diabetes a.k.a kencing manis..so, saya rasa terpanggil untuk berkongsi menu diet yang sesuai untuk pesakit diabetes..mana tau senang untuk korang refer..but before that apa yang korang perlu tahu ialah apa itu diabetes....

Diabetes jenis I
Satu keadaan di mana organ pankreas dalam badan mengeluarkan sedikit atau tiada insulin langsung. seseorang itu perlu bergantung kepada insulin untuk mengurangkan paras gula dalam badan.

Diabetes jenis II
Satu keadaan di mana organ pankreas dalam badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berkesan dalam mengawal paras gula dalam badan.

Prinsip pemakanan diabetes
1. Waktu makan yang teratur- sarapan pagi, makan tengahari & makan malam

2. Agihan jumlah pengambilan makanan pada satu masa tertentu perlu disukat supaya tidak berlebihan

3. Tingkatkan pengambilan serat

4. Lakukan senaman

Makanan yang perlu dielakkan
1. Gula (gula putih, gula perang ,gula batu, gula aising, glukos)

2. Susu pekat manis

3. Sirap, minuman kordial, minuman bergas/ minuman kotak

4. Sapuan roti ( jem, kaya, madu)

5. Kuih-Munich manis dan pastri

6. Buah-buahan yang ditinkan

DIET MENGIKUT PIRAMID MAKANAN

1) Karbohidrat
Nasi ( beras putih / perang)- 1/2 cawan
Mi / mihun / kuey teow / laksa - 1/2 cawan
Bubur nasi - 1 cawan
Capphati / tosei - 1/2 keping
Roti ( gandum penuh / putih ) - 1 keping
Biskut tawar - 3 keping
Oat - 3 sudu makan penuh

2) Sayuran berkanji
- makan secara sederhana
Ubi- ubian ( ubi kentang, keledek, ubi kayu), jagung, labu, buah sukun

3) Kacang & kekacang
- makan secara sederhana
Kacang pea, kacang hijau/ merah / hitam, kacang panggang, kacang tanah, kacang kuda, dhal kuning

4) Buah- buahan
-Wajar dimakan pada waktu makan
Epal/ pear/ oren/ belimbing - 1 biji sederhana
Betik/ nenas/ tembikai - 1 potong sederhana
Jambu batu/ mangga - 1/2 potong
Prune - 3 biji
Pisang - 1 biji kecil
Duku/ langsat / longan/ anggur - 8 biji
Kurma - 2 biji
Nangka/ cempedak - 4 ulas
Durian - 2 ulas
Rambutan/ laici - 5 biji

*PERHATIAN!!
Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil buah- buahan segar daripada jus buah- buahan.

5) Protein
Makan makanan protein secara sederhana
2- 3 hidangan sehari
Pilih makanan yang kurang lemak. Contohnya: ikan, kekacang, ayam tanpa kulit, daging tanpa lemak

6) Susu & tenusu
Susu rendah lemak - 240 ml / 1 gelas
Susu tepung skim/ rendah lemak - 4 sudu makan
Yogurt rendah lemak - 3/4 cawan
Susu sejat - 1/2 cawan

7) Lemak
Pengambilan lemak yang berlebihan akan memberi kesan yang tidak diingini ke atas berat badan, tekanan darah, paras lemak dan gula.
Kurangkan pengambilan minyak dan lemak terutamanya lemak tepu seperti mentega, minyak sapi, santan, krim, dan minyak kelapa.
Cara masakan rendah lemak seperti membakar, memanggang, mengukus dan merebus adalah digalakkan.

Pilih makanan yang tinggi serat

  • Nasi perang
  • Roti wholemeal
  • Biskut tinggi serat
  • Tepung wholemeal
  • Bubur otak
  • Buah - buahan segar
Menu diet ni saya dapat dari doktor pakar pemakanan di Hospital Sultan haji Ahmad Shah (HoSHAS) ketika my mom dirawat..so, bagi sesiapa yang ada menghidap diabetes atau ada ahli keluarga yang menghidap diabetes boleh lah refer..bersama- sama kita mengawal diabetes and stay positive....






Friday 25 April 2014

FELIXIA YEAP BAKAL PELUK AGAMA ISLAM RAMADHAN INI

Assalammualaikum semua..salam jumaat..
Tersenyum lebar saya baca kenyataan dari aktor Felixia Yap..Alhamdulillah..Akhirnya penantian orang ramai berakhir juga. Bekas model seksi, Felixia Yeap yang mencuri perhatian sejak kebelakangan ini apabila tampil berhijab dan menutup aurat telah membuat pengakuan bakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan yang akan datang. Sebelum ini, banyak pihak yang tertanya-tanya dan beranggapan Felixia sengaja mencari publisiti dengan berjubah dan memakai tudung. Kata Felixia menerusi Harian Metro:-

Jika tiada halangan, Insya Allah saya akan mengucap kalimah syahadah pada Ramadhan ini bersempena tarikh lahir saya pada Julai depan. Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya upaya mencari masa untuk membaca buku agama. Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas da ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam.
Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya.
Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi.


 sumber: beautifulnara.com

Wednesday 23 April 2014

SITI AMINAH, AHMAD AZALI, SUNNI DAN LEPAT

Assalammualaikum and hye uolls..
Pernah dengar nama Ismail Arifin? Tak? ok, kalau Lepat, pernah dengar? Actually orang yang sama lah tu..Honestly, aku pun baru jugak kenal Lepat beberapa bulan lepas..Sangat ketinggalan zaman kan saya? Orang dah tahu lama dah..*sigh*
Ceritanya macam ni, beberapa bulan yang lepas, di malam yang hening di saat aku dilanda virus kebosanan, maka aku pun melawat lah Mr. Youtube..video yang paling aku suka tengok dekat youtube ialah video budak-budak kecik yang comel-comel tu..serious geram sangat tengok kecomelan dan kepetahan diorang bercakap lah, menyanyi lah, berzikir lah..yang lagi comel bila diorang mengaji..naluri kewanitaan dan keibuan sangat kannn? hahahaa

Then, aku pun terjumpa satu video budak kacukan..namanya Siti Aminah..First video dia yang aku tengok ialah 'Siti Aminah dan Ahmad Azali di rumah baru mereka'..sumpah comel gilakk budak ni..dengan bahasa Melayu yang agak pelat-pelat tu..Then, banyak lagi lah video-video mereka yang aku tengok..A few days later, aku try lah google nama Siti Aminah tu sebab dengan kepoyoan aku yang tahap maksimum ni yang tak tau apa-apa pasal si comel tu..yalah. ingat kot anak artis kacukan mana sebab viewers video-video dia memang ramai..

So lastly, aku jumpa satu nama, Lepat..Who's that Lepat?? so, banyak jugaklah aku bazirkan masa blogwalking dekat blog-blog yang buat entri pasal Lepat..Kebanyakan entri dibuat pada tahun lepas (2013)..Aku 2014 baru nak bukak cerita pasal Lepat dekat blog..sangat dah basi..tapi tidak mengapa lah, aku percaya ramai yang senasib dengan aku yang sangat ketinggalan zaman..baru nak ambil tahu pasal Lepat dan family nya..Aku tertarik dengan satu blog yang buat kronologi kes Lepat..thank you very much yaa..so, aku copy paste sahaja yaa..

KRONOLOGI KES LEPAT:
  • Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
  • Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996
  • Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan
  • 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
  • Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
  • Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
  • Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
  • Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
  • Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Apa yang terjadi pada Lepat sekarang? LEPAT SUDAH PUN BERUMAH TANGGA.. .Telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah,  yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .

Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:

“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.

“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.

“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.

“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.

Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.

“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.

“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.

Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.

sumber: http://kechiksempoi.blogspot.com/2011/03/kisah-lepat-pelukis-jalanan.html

"You know what I FOUND???

Sunni now lives with his mom, Aishah Brummit, in the UK. Not sure whether it's Devon or Bristol but it's in the UK, for sure. And...Sunni is the member of Jukebox Juniors!!! Do you know Jukebox Juniors?? They are one of the best dance group who participated in first UK's Got To Dance! Wow!!!! 

sumber:  http://maherilham.blogspot.com/2012/01/lepat-ismail-ariffin-aishah-jane.html

sunni sazali

Siti Aminah
 
Ahmad Azali
Lepat dan isterinya kini
Itulah saja yang dapat aku kongsikan..tapi seriously, video-video Lepat dengan anak-anak dia memang best..terrbaikk! Dengan loghat Penang Lepat tu..pastu anak-anak dia pun campur loghat Penang + Jerman..soo cute..





Tuesday 22 April 2014

JOM CANTIKKAN MATA

Assalammualaikum and hye semua..!
Hari ni kita cerita pasal beauty tips nak? hahaa..! Actually nak kata mata aku ni cantik sangat tu idokk lerr..siap bermata empat lagi haa..tapi, petua-petua ni aku saja je lah nak share dengan korang..tak salah berkongsi ilmu..hihii

1. MASALAH LEBAM BAWAH MATA
- Masalah lebam bawah mata ni memang buat kita jadi macam panda kan? Tapi ni kira isu yang selalu kita dengar lah..duit banyak habis beli concealer je kan..?apa kata kali ni kita try cara semulajadi pulak..bahannya mudah sahaja, hanya sebiji kentang. Ini kerana kentang sangat sesuai untuk mencerahkan kulit terutama di bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase. Caranya sangat mudah, kisarkan ubi kentang (make sure buang kulit) dan letakkan di atas tuala muka/ kain yang bersih. Sapu di bahagian bawah mata perlahan-lahan. Biar selama 15-20 minit. Setelah selesai, barulah dibasuh dengan air yang bersih.

2. MASALAH MATA SEMBAP & KELETIHAN
- Ini adalah berpunca daripada masalah kurang tidur dan rehat.Jangan risau! Bahan paling sesuai untuk masalah ini ialah uncang teh. Tak kisahlah brand Lipton ke, Boh ke..Uncang teh yang telah digunakan tu, jangan terus buang tau! Masukkan ke dalam peti sejuk untuk seketika. Kemudian, gunakannya dengan menekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu sebelum tidur pasti hasilnya akan awesome! Cara ni juga dapat melambatkan timbulnya garis-garis halus di bahagian bawah mata.



3. NAK BULU MATA LENTIK?
-Nak bulu mata lentik tanpa menggunakan bulu mata palsu cap Che Ta? Mudah je, ambil daun lidah buaya. Sapukan lendir daun lidah buaya tu pada bulu mata sebelum tidur. Lakukan berterusan sampai korang rasa puas hati dengan skala lentikan bulu mata korang..hihii..


Antara rahsia lain mata memukau ialah dengan mengamalkan makanan seperti:-
  • Ikan salmon- ikan ini kaya dengan dengan omega 3. Ia juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin A. Ia dapat membantu menguatkan dan mencerahkan daya penglihatan mata.
  • Kubis- Kubis mengandungi vitamin A, lutein dan zeaxathin yang kaya untuk penjagaan mata.
  • Tomato- Selain membantu dari aspek kulit muka, tomato juga dapat menjadikan mata lebih bersinar kerana ia kaya dengan vitamin C dan lycopence yang penting untuk mata.
  • Bayam- Bayam merupakan antara sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A. Ia mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.
  • Bawang putih- Bawang putih yang digunakan dalam masakan itu mengandungi selenium dan nutrisi seperti vitamin C dan quercetin yang baik untuk mata. 
  • Biji Bunga Matahari- Ia mengandungi selenium dan nutrisi yang boleh mencegah katarak.
So, marilah kita bersama-sama menjaga mata yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya..muehehee..sekian


Sunday 13 April 2014

BERCINTA ZAMAN DAHULU VS ZAMAN SEKARANG

Assalammualaikum semua..
Actually tengahari tadi sewaktu sedang beristirehat bersama keluarga tiba-tiba ada satu babak dalam filem apa entah pasal couple zaman sekarang then ayah aku pun dengan spontannya throwback lah zaman dulu punya couple dibandingkan dengan zaman sekarang dan my mom pun ada lah menyelit sama..(kira macam throwback zaman mak & ayah aku bercinta lah)..so, aku pun rasa macam setuju jugak lah sebab memang jauh beza pun...antaranya...

1) Zaman Dahulu
- Nama manja bagi pasangan couple zaman dulu-dulu sangat awesome! Ada yang panggil "adinda",  "kakanda"..nak lagi sweet "Jantung hati" ataupun "cintaku" ataupun "nyawaku"..

Zaman Sekarang
- Zaman sekarang lagi havoc nama! Double triple punya manja kan..ada panggil "baby", "honey", "darling", "boboo"..macam-macam lah..lagi nak bagi nampak sweetnya kan..macam-macam nama yang direka.

2) Zaman Dahulu
- Kalau seorang lelaki tu jatuh cinta dekat seorang perempuan tu, cara paling femes masa tu tak lain dan tak bukan ialah tulis surat..penuhlah satu muka surat tu dengan luahan hati dia..yalah, mukadimah je dah satu setengah muka surat kan..lepastu bila zaman dah naik sikit, dia ada teknik baru, melalui surat jugak tapi ada extra ingredient dalam surat tu..letak sikit bedak tabur..baru wangi sikit beb!

Zaman Sekarang
- Mana ada pakai tulis-tulis surat dah kecuali kalau orang tu memang jenis jiwa klasik punya orang kan..ada orang cakap membazir kertas A4 je..pulak dah..biasalah teknologi kan dah maju..so, lelaki akan mengusha guna facebook, twitter, instagram, wechat, whatsapp dan yang sewaktu dengannya..

3) Zaman Dahulu
- Kalau dah bercinta tu, nak dating kena nyorok-nyorok..takut kalau mak bapak nampak..kena pandai-pandai lah kan..panggil guna bahasa isyarat ketuk-ketuk botol ke kan? ehh, tu dalam cerita P.Ramlee..ngehngeh..kalau port dating pulak mestilah di bawah pohon kelapa, di bawah sinaran rembulan..bercanda bersama-sama..hehee

Zaman Sekarang
- Zaman sekarang rare woo! Nak dating si pakwe boleh selamber datang rumah awek jemput pi keluar dating..bapak tengah baca surat khabar dekat luar pon sengih je..bangga lah dengan jiran-jiran anak dia dah ada boipren..anak kau adoo? Dalam hati bapak, "maju dah anak aku, ada naluri bercinta..sel-sel otak dia dah berkembang.." kau rasa? kalau bapak aku, dia dah dok asah parang dah tepi pintu tu menyambut kedatangan tetamu yang tak diundang..hihii..lepastu couple zaman sekarang tak main lah dating bawah pokok..paling tak pun pergi tengok wayang, beradu suara di bilik karoeke..

4) Zaman Dahulu
- Kalau dalam filem melayu, kita dapat tengok diorang punya dressup macam mana bila keluar dating..si lelaki mesti dengan rambut jambulnya, baju kemeja (kalau kemeja lengan pendek, lipat sikit sampai bahu)..kalau perempuan, paling biasa tengok baju kebaya lah kan..pastu selendang sikit sangkut atas sanggul, tak pun bunga selit tepi..kira memang paling ayu lah..

Zaman Sekarang
- Haa, zaman sekarang zaman serasi, sehati sejiwa, sehidup semati..outfit couple zaman sekarang mesti nak sama colour..ada satu couple yang aku pernah jumpa, atas bawah belaka sama kaler..hijau kot warna dia kalau tak salah aku..baju hijau, seluar hijau (zaman jeans kaler-kaler baru naik), kasut sneakers sama hijau..macam rumput bergerak dah aku tengok..tu pun nasib rambut tak spray hijau kan..ohh, maybe diorang ikut tema 'Go Green' untuk support alam sekitar kot..(think positive)

5) Zaman Dahulu
- Zaman dulu kalau dah bercinta kebanyakannya cinta pertama akan berakhir dengan perkahwinan..kecuali kalau jodoh telah diaturkan oleh keluarga..then, bila dah kahwin, si isteri langsung tak kisah untuk melahirkan anak yang ramai..tak fikir pun pasal bentuk badan diorang yang pinggang macam kerengga tu..yalah, anak ramai kan murah rezeki..tu yang ada sampai sepuluh, sebelas anak..bila dah tua kan senang je hidup..

Zaman Sekarang
- Zaman sekarang kalau bercinta sepuluh kali couple, putus pun belum tentu kahwin jugak..ada yang couple dengan orang lain, tunang dengan orang lain, kahwin pun dengan orang lain..pun ada tau..tapi yang tu tak boleh nak salahkan lah sebab jodoh kan rahsia Allah..tapi bila dah kahwin, isteri sekarang (bukan semua) tak nak anak ramai, nak jaga body..ada yang cukup sorang dah tak nak mengandung dah..

Haa, itu lah antara perbezaan percintaan zaman dolu-dolu dengan zaman sekarang..tak banyak lah yang aku senaraikan tapi cukuplah untuk nampak bezanya apabila zaman dah semakin maju..

Haa..ni zaman dulu-dulu

yang ni zaman sekarang..see the difference? sorry yaa encik alang

sweet tak baju mereka?

Thursday 3 April 2014

GAYAKAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA

Assalammualaikum readers..sihat-sihat semua? hari ni sekali lagi entri khusus buat wanita..hewhew..macam yang semua sedia maklum, dekat pasaran sekarang bermacam-macam jenis tudung mahupun selendang ada kan..tak kisah lah kan..mengikut fesyen semasa tak salah selagi masih mengikut syariat islam..cara pakai tudung atau selendang pun dah macam-macam style sekarang..lilit sana, lilit sini..boleh jugak belajar dari youtube..nak gaya macam mana? Hana Tajima? Diana Amir? Heliza Helmi? Fatin Liyana? Irine Nadia? haa, banyak dah sebut tuu..hahaa..ok, sekarang aku tak nak kasi korang tutorial shawl, nanti lilit nya dari malaysia ke indonesia pulak..haa..cuma nak bagi teknik gayakan tudung atau shawl mengikut bentuk muka..

BENTUK MUKA BULAT


 Bentuk muka bulat seperti dalam gambar diatas dijelaskan kepada mereka yang mempunyai jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertembung di pipi. Anda yang mempunyai bentuk muka bulat disarankan agar menggunakan cekak terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Bagi pemilihan selendang pula, kamu disarankan untuk memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis. Pashmina nipis atau mini sangat sesuai bagi si muka bulat.

BENTUK MUKA BUJUR





Kebiasaannya, inilah bentuk muka idaman semua gadis. sebab apa? kerana ia mudah untuk menyesuaikan jenis tudung yang dipakai. Dalam pemakaian tudung, bentuk muka memainkan peranan penting. Bagi kamu yang mempuyai bentuk muka bujur, kamu bebas memilih gaya bertudung. Kamu juga tidak perlu mengenakan cekak untuk mengekalkan bentuk tudung. Jika kamu penggemar selendang pula, kamu bebas untuk mengenakan apa juga jenis selendang tak kira cotton ke, satin ke, nipis atau tebal..

BENTUK MUKA PETAK

  

Bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Apabila mengenakan tudung, bahagian tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dan gunakan cekak supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka seperti ini perlulah bijak menggayakan selendang. Pemakaian selendang dengan gaya ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.

BENTUK MUKA SEGI TIGA

 
Bentuk muka segitiga atau ada jugak orang panggil bentuk muka diamond..tak kisah lah kan..Huraian pun dah ada. So, kita boleh continue kepada gaya tudung ya..Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka segitiga, pemakaian tudung atau selendang perlu lah ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang nampak terbuka.Untuk tidak nampak terlalu kosong di bahagian sebelah kiri dan kanan telinga, kamu disarankan menggunakan anak tudung jenis hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak jenis lembut sebelum memakai anak tudung tersebut. Gaya selendang pula haruslah menjurus kepada gaya pintalan.

BENTUK MUKA PANJANG



Seperti bentuk muka segitiga, mereka yang mempunyai bentuk muka panjang dijelaskan dengan mempunyai dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lebih lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, kamu disarankan untuk menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang amat sesuai kerana dapat menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Keistimewaan si muka panjang juga adalah sama dengan mereka yang berwajah bujur kerana boleh menggayakan semua jenis selendang.


Sekian tips for today..sharing is caring right..

Tuesday 1 April 2014

TIPS JAGA RAMBUT WALAUPUN BERTUDUNG

assalammualaikum semua..
Hari ni nak bagi tips pulak..walaupun bertudung, tak bermakna korang kena abaikan penjagaan rambut ya wahai kaum wanita..bagus dah tu tutup aurat..keep it up..always remember, with hijab, automatically you're the queen..

1.  Elakkan memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih basah kerana rambut yang masih basah   akan menjadi lembap di dalam tudung. rambut bukan sahaja akan berbau, malah akan menimbulkan gatal-gatal di kulit kepala.

2. Biarpun sekarang sudah menjadi trend tudung/shawl dipakai secara berlapis-lapis dan pelbagai gaya, namun elakkan memakai tudung lebih daripada empat lapis. semakin tebal kain tudung kamu, semakin sukar untuk rambut bernafas.

3. Hindari memakai tudung berwarna gelap semasa cuaca panas. warna gelap mudah menyerap matahari. jika aktiviti kamu lebih banyak di bawah cahaya matahari, sebaiknya pilih warna yang lembut seperti pastel atau putih.

4. Cubalah untuk tidak mengikat rambut dengan terlalu ketat. menggunakan pengikat rambut yang besar dan tebal juga lebih baik daripada pengikat rambut yang kecil dan nipis. sentiasa variasikan gaya ikatan rambut kerana gaya ikatan rambut yang sama berpotensi untuk menjadikan rambut patah. buat lah ponytail ke, tocang ke, dandan ke..be creative ok..!

5. Sikat rambut dengan lebih kerap. paling tidak pun tiga kali sehari..menyikat rambut samalah seperti melakukan urutan ringan pada kulit kepala.kulit kepala secara tidak langsung akan menjadi lebih relaks dan rambut bebas dari kekusutan..guna jari pun boleh! sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang untuk mengelakkan rambut daripada gugur.

sekian tips dari saya..simple je kan? boleh lah praktikkan lepas ni ya sayang-sayang semua..kekalkan imej bertudung anda di samping menjaga rambut sebaik mungkin..

maaf, si cantik ini bukan saya..^_^

Sunday 30 March 2014

LELAKI DI DAPUR

assalammualaikum....
waa tajuk...tak nak kalah kan..hihii..ok, siapa suka lelaki pandai masak goyang kepala..ehh, dah-dah..jangan over sangat..ada ke perempuan yang tak suka dapat encik suami yang pandai masak? kalau boleh dapur tu nak hak milik dia sorang je..amboii, selfish nya cik kak..terang lagi bersuluh lah ramai kaum wanita yang sememang nya nakkan seorang suami yang boleh dikatakan cekap memasak..yelah, senang lah sikit nanti kan? kalau tengah demam, ada cik abang boleh tolong masak..time-time nak masak, anak merengek..laki boleh tolong sudahkan masak..tak pun boleh sama-sama cuba resepi baru..kan suweet...

Tapi lelaki minat ke masak? tolong jawab sikit kaum lelaki..alasan paling cliche pernah aku dengar, "masak-masak ni semua kerja orang perempuan.." pulak dah gitu ye? ramai je chef lelaki sekarang ni..chef Wan, chef Fazley, chef Kamarul, chef Nik..lelaki bukan? Kiranya pada aku, alasan tu dah lapuk lah.. tak dosa pun kan lelaki minat memasak..rezeki halal..nah, aku belanja sikit muka-muka chef lelaki yang meletopp!

chef jamie oliver
chef rob ben-israel
chef nik michael
chef buddy valastro
chef wan
 






Haa...tu je lah yang aku boleh belanja..muehehee..nak tau banyak lagi silalah rujuk auntie google wokeh..Kepada siapa yang masih belum mengenali chef-chef di atas, rajin-rajinkan lah bukak channel AFC..contohnya macam chef rob ben-israel menjadi host dalam cerita sweet genius..chef buddy valastro mempunyai rancangan masakan sendiri iaitu cake boss dan kitchen boss..chef nik michael pulak tipu lah kalau tak kenal..bermula dari rancangan masterchef, beliau kini dah pun ada restoran sendiri yang diberi nama picknik...yang chef wan tu lagi lah tipu kalau hangpa tak kenaii...hihii..sampai sini saja okeh? tataaa..


MENJADI PENDERMA ORGAN

Assalammualaikum..

Ada tak orang yang rasa scary dengan tajuk entri ni? muahaha..buat apa nak takut nakk...actually aku bukanlah  pendaftar organ..tapi saja suka-suka nak share dengan korang apa itu penderma organ dan kebaikan dia kan...

APA ITU PENDERMAAN ORGAN
 Pendermaan organ merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas meninggal dunia. Transplantasi (pemindahan organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

ORGAN DAN TISU APAKAH YANG BOLEH DIDERMAKAN?
Umumnya, organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung. ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit..

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDERMA?
Sesiapa pun layak menderma, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun, mereka yang berusia bawah daripada 18 tahun perlu lah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

BAGAIMANA ORGAN PENDERMA ITU DIPINDAHKAN?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan satu pembedahan yang bersih dan suci. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperoleh, luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah si penderma tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan dijalankan dengan penuh tertib oleh pakar-pakar.

BILAKAH ORGAN DAN TISU SI PENDERMA ITU DIPEROLEH?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma.
ADAKAH TERDAPAT BANTAHAN DARI SUDUT AGAMA?
Jawapannya adalah TIDAK! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
BAGAIMANA MAHU MENJADI SEORAN PENDERMA ORGAN?
Anda hanya perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional. Sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dan dibawa bersama pada setiap masa. Anda juga dinasihatkan agar memaklumkan hasrat untuk menjadi penderma organ dan tisu kepada ahli keluarga.