Pages

Sunday 30 March 2014

LELAKI DI DAPUR

assalammualaikum....
waa tajuk...tak nak kalah kan..hihii..ok, siapa suka lelaki pandai masak goyang kepala..ehh, dah-dah..jangan over sangat..ada ke perempuan yang tak suka dapat encik suami yang pandai masak? kalau boleh dapur tu nak hak milik dia sorang je..amboii, selfish nya cik kak..terang lagi bersuluh lah ramai kaum wanita yang sememang nya nakkan seorang suami yang boleh dikatakan cekap memasak..yelah, senang lah sikit nanti kan? kalau tengah demam, ada cik abang boleh tolong masak..time-time nak masak, anak merengek..laki boleh tolong sudahkan masak..tak pun boleh sama-sama cuba resepi baru..kan suweet...

Tapi lelaki minat ke masak? tolong jawab sikit kaum lelaki..alasan paling cliche pernah aku dengar, "masak-masak ni semua kerja orang perempuan.." pulak dah gitu ye? ramai je chef lelaki sekarang ni..chef Wan, chef Fazley, chef Kamarul, chef Nik..lelaki bukan? Kiranya pada aku, alasan tu dah lapuk lah.. tak dosa pun kan lelaki minat memasak..rezeki halal..nah, aku belanja sikit muka-muka chef lelaki yang meletopp!

chef jamie oliver
chef rob ben-israel
chef nik michael
chef buddy valastro
chef wan
 






Haa...tu je lah yang aku boleh belanja..muehehee..nak tau banyak lagi silalah rujuk auntie google wokeh..Kepada siapa yang masih belum mengenali chef-chef di atas, rajin-rajinkan lah bukak channel AFC..contohnya macam chef rob ben-israel menjadi host dalam cerita sweet genius..chef buddy valastro mempunyai rancangan masakan sendiri iaitu cake boss dan kitchen boss..chef nik michael pulak tipu lah kalau tak kenal..bermula dari rancangan masterchef, beliau kini dah pun ada restoran sendiri yang diberi nama picknik...yang chef wan tu lagi lah tipu kalau hangpa tak kenaii...hihii..sampai sini saja okeh? tataaa..


MENJADI PENDERMA ORGAN

Assalammualaikum..

Ada tak orang yang rasa scary dengan tajuk entri ni? muahaha..buat apa nak takut nakk...actually aku bukanlah  pendaftar organ..tapi saja suka-suka nak share dengan korang apa itu penderma organ dan kebaikan dia kan...

APA ITU PENDERMAAN ORGAN
 Pendermaan organ merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas meninggal dunia. Transplantasi (pemindahan organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

ORGAN DAN TISU APAKAH YANG BOLEH DIDERMAKAN?
Umumnya, organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung. ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit..

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDERMA?
Sesiapa pun layak menderma, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun, mereka yang berusia bawah daripada 18 tahun perlu lah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

BAGAIMANA ORGAN PENDERMA ITU DIPINDAHKAN?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan satu pembedahan yang bersih dan suci. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperoleh, luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah si penderma tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan dijalankan dengan penuh tertib oleh pakar-pakar.

BILAKAH ORGAN DAN TISU SI PENDERMA ITU DIPEROLEH?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma.
ADAKAH TERDAPAT BANTAHAN DARI SUDUT AGAMA?
Jawapannya adalah TIDAK! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
BAGAIMANA MAHU MENJADI SEORAN PENDERMA ORGAN?
Anda hanya perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional. Sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dan dibawa bersama pada setiap masa. Anda juga dinasihatkan agar memaklumkan hasrat untuk menjadi penderma organ dan tisu kepada ahli keluarga.