Pages

Thursday 28 April 2016

VACATION: MEDAN, INDONESIA ( Day 2)

Assalammualaikum & hye guyss..
Horas! Horas! Horas! Horas means selamat bagi suku kaum batak.

Let's continue our trip in Medan Indonesia! Selesai je breakfast dan check out di Danau Toba Cottage, next destination yang kami akan pergi ialah Samosir island dan Tomok Village. Kami akan menaiki bot selama lebih kurang 40 minit menyusuri Tasik Toba.

Bot yang membawa kami. Boleh pilih untuk duduk di atas or bawah

View di Samosir island dan Tomok Village

Ada 3 orang remaja menyanyi sambil menghulur bekas minta diisi duit
paling terkejut diorang menyanyi lagu Jamal Abdillah.


Sampai je kat sana kami dibawa untuk melihat rumah tradisonal kaum batak tapi sekarang tak ada dah kaum batak yang tinggal kat rumah camtu. Menurut penerangan dari Pak Rahmat, rumah kaum batak ada 3 jenis. Rumah untuk lelaki, rumah untuk anak dara dan juga rumah datu (macam bomoh). Tiga-tiga tu lain design. Anak dara dekat sana, bila dah capai umur baligh akan diasingkan di dalam satu rumah dan dijaga oleh seorang Nek.

Rumah tradisional masyarakat batak.


Selepas itu, kami dibawa bertemu patung si galir-galir (i'm not sure the spelling). Patung itu dahulunya dikatakan boleh bergerak sendiri dan menari, Kemudian, kami dipakaikan kain ulus (kain selempang) dan aku tak tahu apa nama yang kena pakai atas kepala tu dan ikut tarian tradisional yang diajar sama sorang ibuk dan bapak. 




Di kawasan ini juga, terdapat banyak gerai yang menjual souvenir. Nasihat saya, kalau nak beli cukup lah sekadar key chain kerana di Parapat ini 99% masyarakatnya bukan beragama islam dan kaum batak pula hmm sah-sah lah bukan beragama islam. Kalau di sini, setakat anjing tu bersepah so faham-faham lah yaa. Cara diorang suruh kita beli barang pun agak aggressive sikit, ada yang tarik-tarik. So, be careful..





Selesai di Tomok Village, Pak Rahmat dan Pak Adi bawak kami melawat makam Raja Sidhabutar iaitu Raja batak yang mula-mula memperkenalkan agam kristian kepada masyarakat batak. Sorry tak ada gambar kat sini. 
ini merupakan kalendar kaum batak zaman dulu

Dah habis berjalan di Tomok Village dan Samosir Island, kami teruskan perjalanan menaiki bas ke Brastagi. Sepanjang perjalanan ke Brastagi, aku melentok pejam mata je tahan loya disebabkan jalan yang sangat mencabar. Jalan yang sangat sempit + bengkang bengkok + tepinya curam yang sangat-sangat tinggi. Can you imagine it? Setiap 10 minit, driver bas kena bunyikan hon sebagai tanda isyarat untuk kereta lain dari arah bertentangan. 

Dalam sejam perjalanan, kami berhenti di Puncak Simarjarunjung. To be honest, i really really reallllyyyyy love this place, i love the weather. View dia sangat-sangat cantik and tempat ni sejuk macam kat Cameron Highland. 




cuaca sejuk elok pekena jagung bakar

Dah puas lepak-lepak kat Puncak Simarjarunjung, kami teruskan perjalanan untuk ke air terjun Sipiso-Piso. Kenapa panggil air terjun Sipiso-Piso? Katanya kerana air terjun tersebut tajam macam pisau. Nak tengok air terjun tu dari dekat boleh tapi kena turun tangga yang tinggi gila-gila. Nak turun tu tak ada masalah tapi nak naik tu separuh mati. Kat sini jugak ada kedai-kedai yang jual souvenir dan refreshment.










Dah siap enjoy view kat air terjun Sipiso-Piso, kami teruskan perjalanan ke hotel di Brastagi. Hotel Green Garden. Hotel tu best sebab swimming pool dia 24 hours and bilik dia pun not bad lah. Cuma kadang-kadang kerap blackout sebab kat sini still guna generator so diorang cakap that's why kerap blackout.





Okay tu je cerita untuk Day 2. To be continue...










Tuesday 26 April 2016

VACATION: MEDAN, INDONESIA (Day 1)

Assalammualaikum. Hye guys..

I just got back from Medan, Indonesia for my final trip. I'm excited sebab first time nak pergi Indonesia. I'll share my trip from Medan-Parapat-Brastagi- Medan. So here we go! We arrived Kuala Namu airport around 8 a.m (local time). Sampai je, local tour guide dah tunggu, naik bas and go to our destination, Parapat. Bas kat sana so far okay je cuma a lil bit different dari bas persiaran kita kat Malaysia ni which is dari segi aircond. Bas kat sana ada aircond tapi kedudukannya di atas, tempat biasa letak barang. So, if barang terlalu banyak akan tutup aircond. Tu je lah beza sikit. Perjalanan ke Parapat dalam lebih kurang 4 jam. Disebabkan dah terlalu lapar, local tour guide Pak Rahmat dan Pak Adi bawak kami semua makan di restoran Cindelaras yang popular dengan nasi ayam penyet.

Original nasi ayam penyet Indonesia. sambal dia tu perghhhh.

Perut pun dah kenyang. Kemudian kami dibawa ke Paten shop. Paten shop ialah kedai yang menjual makanan tradisional masyarakat disini. Macam-macam jenis snek tradisional. Namanya tersangatlah unik. Ting-Ting, Tung-Tung Tong-Tong dan macam-macam lagi lah. Jangan risau, tester dah siap terhidang. Yaa kalau nggak dibeli jugak nggak mengapa..



Selesai shopping segala macam snek tu, kami pun teruskan perjalanan yang sangat lama untuk ke Parapat. Tapi trust me, you will never get bored sebab view sangat-sangat cantik. Nak-nak pulak bila dah dekat dengan kawasan Parapat and boleh enjoy view Danau Toba yang sangat famous dengan kisah lagendanya.

Beautiful view of Lake Toba

Di Parapat, kami bermalam di Danau Toba Cottage. Bilik okay je tapi takde lah selesa mana cuma kalau setakat tidur semalaman tu okay lah. Kami diberitahu, di Indonesia especially kawasan terpencil kalau bangun pagi sebelum mandi, make sure biarkan air terpasang dulu dalam 30-45 minit sebab air kat sini lambat panas katanya. 

ini lah dia Danau Toba Cottage.

View berdekatan Danau Toba Cottage

Pada malamnya, kami dibawa untuk makan malam di Atsari Hotel. Dinner kat Atsari Hotel best sebab dapat tengok performance dari staff hotel yang menyanyikan beberapa lagu tradisional masyarakat disini dan kami juga ditarik untuk menari bersama. Hahahaa


Dessert di Atsari Hotel, bagi aku tak berapa sangat sebab
rasa dia macam makan segedabak cincau


Okay itu lah cerita di Parapat untuk first day. To be continue.....