Pages

Thursday 28 April 2016

VACATION: MEDAN, INDONESIA ( Day 2)

Assalammualaikum & hye guyss..
Horas! Horas! Horas! Horas means selamat bagi suku kaum batak.

Let's continue our trip in Medan Indonesia! Selesai je breakfast dan check out di Danau Toba Cottage, next destination yang kami akan pergi ialah Samosir island dan Tomok Village. Kami akan menaiki bot selama lebih kurang 40 minit menyusuri Tasik Toba.

Bot yang membawa kami. Boleh pilih untuk duduk di atas or bawah

View di Samosir island dan Tomok Village

Ada 3 orang remaja menyanyi sambil menghulur bekas minta diisi duit
paling terkejut diorang menyanyi lagu Jamal Abdillah.


Sampai je kat sana kami dibawa untuk melihat rumah tradisonal kaum batak tapi sekarang tak ada dah kaum batak yang tinggal kat rumah camtu. Menurut penerangan dari Pak Rahmat, rumah kaum batak ada 3 jenis. Rumah untuk lelaki, rumah untuk anak dara dan juga rumah datu (macam bomoh). Tiga-tiga tu lain design. Anak dara dekat sana, bila dah capai umur baligh akan diasingkan di dalam satu rumah dan dijaga oleh seorang Nek.

Rumah tradisional masyarakat batak.


Selepas itu, kami dibawa bertemu patung si galir-galir (i'm not sure the spelling). Patung itu dahulunya dikatakan boleh bergerak sendiri dan menari, Kemudian, kami dipakaikan kain ulus (kain selempang) dan aku tak tahu apa nama yang kena pakai atas kepala tu dan ikut tarian tradisional yang diajar sama sorang ibuk dan bapak. 




Di kawasan ini juga, terdapat banyak gerai yang menjual souvenir. Nasihat saya, kalau nak beli cukup lah sekadar key chain kerana di Parapat ini 99% masyarakatnya bukan beragama islam dan kaum batak pula hmm sah-sah lah bukan beragama islam. Kalau di sini, setakat anjing tu bersepah so faham-faham lah yaa. Cara diorang suruh kita beli barang pun agak aggressive sikit, ada yang tarik-tarik. So, be careful..





Selesai di Tomok Village, Pak Rahmat dan Pak Adi bawak kami melawat makam Raja Sidhabutar iaitu Raja batak yang mula-mula memperkenalkan agam kristian kepada masyarakat batak. Sorry tak ada gambar kat sini. 
ini merupakan kalendar kaum batak zaman dulu

Dah habis berjalan di Tomok Village dan Samosir Island, kami teruskan perjalanan menaiki bas ke Brastagi. Sepanjang perjalanan ke Brastagi, aku melentok pejam mata je tahan loya disebabkan jalan yang sangat mencabar. Jalan yang sangat sempit + bengkang bengkok + tepinya curam yang sangat-sangat tinggi. Can you imagine it? Setiap 10 minit, driver bas kena bunyikan hon sebagai tanda isyarat untuk kereta lain dari arah bertentangan. 

Dalam sejam perjalanan, kami berhenti di Puncak Simarjarunjung. To be honest, i really really reallllyyyyy love this place, i love the weather. View dia sangat-sangat cantik and tempat ni sejuk macam kat Cameron Highland. 




cuaca sejuk elok pekena jagung bakar

Dah puas lepak-lepak kat Puncak Simarjarunjung, kami teruskan perjalanan untuk ke air terjun Sipiso-Piso. Kenapa panggil air terjun Sipiso-Piso? Katanya kerana air terjun tersebut tajam macam pisau. Nak tengok air terjun tu dari dekat boleh tapi kena turun tangga yang tinggi gila-gila. Nak turun tu tak ada masalah tapi nak naik tu separuh mati. Kat sini jugak ada kedai-kedai yang jual souvenir dan refreshment.










Dah siap enjoy view kat air terjun Sipiso-Piso, kami teruskan perjalanan ke hotel di Brastagi. Hotel Green Garden. Hotel tu best sebab swimming pool dia 24 hours and bilik dia pun not bad lah. Cuma kadang-kadang kerap blackout sebab kat sini still guna generator so diorang cakap that's why kerap blackout.





Okay tu je cerita untuk Day 2. To be continue...










Tuesday 26 April 2016

VACATION: MEDAN, INDONESIA (Day 1)

Assalammualaikum. Hye guys..

I just got back from Medan, Indonesia for my final trip. I'm excited sebab first time nak pergi Indonesia. I'll share my trip from Medan-Parapat-Brastagi- Medan. So here we go! We arrived Kuala Namu airport around 8 a.m (local time). Sampai je, local tour guide dah tunggu, naik bas and go to our destination, Parapat. Bas kat sana so far okay je cuma a lil bit different dari bas persiaran kita kat Malaysia ni which is dari segi aircond. Bas kat sana ada aircond tapi kedudukannya di atas, tempat biasa letak barang. So, if barang terlalu banyak akan tutup aircond. Tu je lah beza sikit. Perjalanan ke Parapat dalam lebih kurang 4 jam. Disebabkan dah terlalu lapar, local tour guide Pak Rahmat dan Pak Adi bawak kami semua makan di restoran Cindelaras yang popular dengan nasi ayam penyet.

Original nasi ayam penyet Indonesia. sambal dia tu perghhhh.

Perut pun dah kenyang. Kemudian kami dibawa ke Paten shop. Paten shop ialah kedai yang menjual makanan tradisional masyarakat disini. Macam-macam jenis snek tradisional. Namanya tersangatlah unik. Ting-Ting, Tung-Tung Tong-Tong dan macam-macam lagi lah. Jangan risau, tester dah siap terhidang. Yaa kalau nggak dibeli jugak nggak mengapa..



Selesai shopping segala macam snek tu, kami pun teruskan perjalanan yang sangat lama untuk ke Parapat. Tapi trust me, you will never get bored sebab view sangat-sangat cantik. Nak-nak pulak bila dah dekat dengan kawasan Parapat and boleh enjoy view Danau Toba yang sangat famous dengan kisah lagendanya.

Beautiful view of Lake Toba

Di Parapat, kami bermalam di Danau Toba Cottage. Bilik okay je tapi takde lah selesa mana cuma kalau setakat tidur semalaman tu okay lah. Kami diberitahu, di Indonesia especially kawasan terpencil kalau bangun pagi sebelum mandi, make sure biarkan air terpasang dulu dalam 30-45 minit sebab air kat sini lambat panas katanya. 

ini lah dia Danau Toba Cottage.

View berdekatan Danau Toba Cottage

Pada malamnya, kami dibawa untuk makan malam di Atsari Hotel. Dinner kat Atsari Hotel best sebab dapat tengok performance dari staff hotel yang menyanyikan beberapa lagu tradisional masyarakat disini dan kami juga ditarik untuk menari bersama. Hahahaa


Dessert di Atsari Hotel, bagi aku tak berapa sangat sebab
rasa dia macam makan segedabak cincau


Okay itu lah cerita di Parapat untuk first day. To be continue.....





Monday 24 August 2015

SHORT VACATION - PERHENTIAN ISLAND

Assalammualaikum.

Baru- baru ni aku sempat ber short vacay dengan my girls ke Perhentian Island, Terengganu. Actually it is one of our assignment. Perks of being a tourism students, you can enjoy your vacation while doing assignment. Lol. Why choose Perhentian Island? Sebab saya student in Terengganu so that i choose Perhentian Island as our destination untuk buat research. Rugi lah kalau dah duduk kat Terengganu tapi tak pergi pulau-pulau dia. right? Terengganu paling famous dengan pulau- pulau dia yang cantik.

Jeti Kuala Besut


View of the jetty


Yuran Taman Laut RM5 wajib bayar yaa. Kegunaan untuk snorkeling jugak.



Muka eksaited naik bot.


View pantai





Total yang aku spend untuk short vacay ni tak banyak since aku tak lama pun kat sini. Tidur semalaman di Setiu and esok tu baru berangkat ke Pulau Perhentian. Duit tambang bot RM60 seorang untuk pergi balik. Chalet tu RM80 semalaman. Since kami pergi empat orang, so cuma RM20 seorang. 

Accommodation kat sana. Since kami ambil pakej bilik yang paling murah so kau tak payah nak berangan bilik kau tahap bilik hotel 5 star yang ada air cond, jacuzzi or whatever. Yang kami dapat sebuah rumah yang sederhana besar jauh nun di belakang dekat semak samun. At first, bila tengok rumah tu..emm okay agak creepy jugak lah. Tapi setiap bilik dalam rumah tu (ada 3 bilik) ada tourist lain yang duduk. So, okay lah jugak. At that time, foreigner yang duduk another rooms tu. Condition rumah tu okay lah for backpackers. Tapi kalau nak bercuti dengan family, better stay dekat chalet supaya lebih selesa.

Dekat sini around 3p.m to 7p.m bekalan elektrik dimatikan. So takde function kau terperap kat bilik panas tu. Maybe dia nak kau spend time with nature. wahh gituuuw! tengok air laut jernih dia. Enjoy the view or kalau nak tanned kan badan pun boleh. Hahahahaa! 

Dari segi foods pulak. Kalau kat area yang aku stay ni. restoran dia ambil order before 10 malam je. Lepas dari tu dia closed order and last option kau burger. Tapi biasa lah, harga dia memang mahal. Kalau burger ayam simple takat ada roti, daging ayam, sayur, sos tu dia boleh tibai sampai RM6- RM7. 

Pengalaman paling best adalah snorkeling. Dia macam dream comes true tauu bila kau dapat snorkeling kat Pulau Perhentian. Kau dapat tengok nemo yang sangat pemalu, corals yang sangat warna- warni, dapat pegang patrick a.k.a starfish, dapat pegang timun laut and bermacam jenis ikan. And paling best time bagi ikan makan roti and semua berkerumun keliling kau. It is absolutely amazing! Ada lagi yang tak boleh lupa, bila bot kau naik stuck tengah- tengah laut tu. Kau rasa? Haaaa gila tak cuak kannn! Tapi cool jugak sebab aku try imagine macam movie 'Life of Pi' Hahahahahaha.




So, rasanya itu je experience yang nak aku kongsi. Well, setiap vacation mesti ada their own experience right? So, have a good day! Bye!

Wednesday 7 May 2014

DIET UNTUK PESAKIT DIABETES

Assalammualaikum and hye semua..
Lama sudah tidak update entri baru..saya terlibat dengan pengurusan sesi lawatan Presiden Obama ke sini baru-baru ni..ok, itu satu penipuan..actually, saya busy ulang alik ke hospital menemani ibu tercinta yang telah dimasukkan ke wad akibat diabetes a.k.a kencing manis..so, saya rasa terpanggil untuk berkongsi menu diet yang sesuai untuk pesakit diabetes..mana tau senang untuk korang refer..but before that apa yang korang perlu tahu ialah apa itu diabetes....

Diabetes jenis I
Satu keadaan di mana organ pankreas dalam badan mengeluarkan sedikit atau tiada insulin langsung. seseorang itu perlu bergantung kepada insulin untuk mengurangkan paras gula dalam badan.

Diabetes jenis II
Satu keadaan di mana organ pankreas dalam badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berkesan dalam mengawal paras gula dalam badan.

Prinsip pemakanan diabetes
1. Waktu makan yang teratur- sarapan pagi, makan tengahari & makan malam

2. Agihan jumlah pengambilan makanan pada satu masa tertentu perlu disukat supaya tidak berlebihan

3. Tingkatkan pengambilan serat

4. Lakukan senaman

Makanan yang perlu dielakkan
1. Gula (gula putih, gula perang ,gula batu, gula aising, glukos)

2. Susu pekat manis

3. Sirap, minuman kordial, minuman bergas/ minuman kotak

4. Sapuan roti ( jem, kaya, madu)

5. Kuih-Munich manis dan pastri

6. Buah-buahan yang ditinkan

DIET MENGIKUT PIRAMID MAKANAN

1) Karbohidrat
Nasi ( beras putih / perang)- 1/2 cawan
Mi / mihun / kuey teow / laksa - 1/2 cawan
Bubur nasi - 1 cawan
Capphati / tosei - 1/2 keping
Roti ( gandum penuh / putih ) - 1 keping
Biskut tawar - 3 keping
Oat - 3 sudu makan penuh

2) Sayuran berkanji
- makan secara sederhana
Ubi- ubian ( ubi kentang, keledek, ubi kayu), jagung, labu, buah sukun

3) Kacang & kekacang
- makan secara sederhana
Kacang pea, kacang hijau/ merah / hitam, kacang panggang, kacang tanah, kacang kuda, dhal kuning

4) Buah- buahan
-Wajar dimakan pada waktu makan
Epal/ pear/ oren/ belimbing - 1 biji sederhana
Betik/ nenas/ tembikai - 1 potong sederhana
Jambu batu/ mangga - 1/2 potong
Prune - 3 biji
Pisang - 1 biji kecil
Duku/ langsat / longan/ anggur - 8 biji
Kurma - 2 biji
Nangka/ cempedak - 4 ulas
Durian - 2 ulas
Rambutan/ laici - 5 biji

*PERHATIAN!!
Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil buah- buahan segar daripada jus buah- buahan.

5) Protein
Makan makanan protein secara sederhana
2- 3 hidangan sehari
Pilih makanan yang kurang lemak. Contohnya: ikan, kekacang, ayam tanpa kulit, daging tanpa lemak

6) Susu & tenusu
Susu rendah lemak - 240 ml / 1 gelas
Susu tepung skim/ rendah lemak - 4 sudu makan
Yogurt rendah lemak - 3/4 cawan
Susu sejat - 1/2 cawan

7) Lemak
Pengambilan lemak yang berlebihan akan memberi kesan yang tidak diingini ke atas berat badan, tekanan darah, paras lemak dan gula.
Kurangkan pengambilan minyak dan lemak terutamanya lemak tepu seperti mentega, minyak sapi, santan, krim, dan minyak kelapa.
Cara masakan rendah lemak seperti membakar, memanggang, mengukus dan merebus adalah digalakkan.

Pilih makanan yang tinggi serat

  • Nasi perang
  • Roti wholemeal
  • Biskut tinggi serat
  • Tepung wholemeal
  • Bubur otak
  • Buah - buahan segar
Menu diet ni saya dapat dari doktor pakar pemakanan di Hospital Sultan haji Ahmad Shah (HoSHAS) ketika my mom dirawat..so, bagi sesiapa yang ada menghidap diabetes atau ada ahli keluarga yang menghidap diabetes boleh lah refer..bersama- sama kita mengawal diabetes and stay positive....






Friday 25 April 2014

FELIXIA YEAP BAKAL PELUK AGAMA ISLAM RAMADHAN INI

Assalammualaikum semua..salam jumaat..
Tersenyum lebar saya baca kenyataan dari aktor Felixia Yap..Alhamdulillah..Akhirnya penantian orang ramai berakhir juga. Bekas model seksi, Felixia Yeap yang mencuri perhatian sejak kebelakangan ini apabila tampil berhijab dan menutup aurat telah membuat pengakuan bakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan yang akan datang. Sebelum ini, banyak pihak yang tertanya-tanya dan beranggapan Felixia sengaja mencari publisiti dengan berjubah dan memakai tudung. Kata Felixia menerusi Harian Metro:-

Jika tiada halangan, Insya Allah saya akan mengucap kalimah syahadah pada Ramadhan ini bersempena tarikh lahir saya pada Julai depan. Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya upaya mencari masa untuk membaca buku agama. Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas da ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam.
Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya.
Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi.


 sumber: beautifulnara.com

Wednesday 23 April 2014

SITI AMINAH, AHMAD AZALI, SUNNI DAN LEPAT

Assalammualaikum and hye uolls..
Pernah dengar nama Ismail Arifin? Tak? ok, kalau Lepat, pernah dengar? Actually orang yang sama lah tu..Honestly, aku pun baru jugak kenal Lepat beberapa bulan lepas..Sangat ketinggalan zaman kan saya? Orang dah tahu lama dah..*sigh*
Ceritanya macam ni, beberapa bulan yang lepas, di malam yang hening di saat aku dilanda virus kebosanan, maka aku pun melawat lah Mr. Youtube..video yang paling aku suka tengok dekat youtube ialah video budak-budak kecik yang comel-comel tu..serious geram sangat tengok kecomelan dan kepetahan diorang bercakap lah, menyanyi lah, berzikir lah..yang lagi comel bila diorang mengaji..naluri kewanitaan dan keibuan sangat kannn? hahahaa

Then, aku pun terjumpa satu video budak kacukan..namanya Siti Aminah..First video dia yang aku tengok ialah 'Siti Aminah dan Ahmad Azali di rumah baru mereka'..sumpah comel gilakk budak ni..dengan bahasa Melayu yang agak pelat-pelat tu..Then, banyak lagi lah video-video mereka yang aku tengok..A few days later, aku try lah google nama Siti Aminah tu sebab dengan kepoyoan aku yang tahap maksimum ni yang tak tau apa-apa pasal si comel tu..yalah. ingat kot anak artis kacukan mana sebab viewers video-video dia memang ramai..

So lastly, aku jumpa satu nama, Lepat..Who's that Lepat?? so, banyak jugaklah aku bazirkan masa blogwalking dekat blog-blog yang buat entri pasal Lepat..Kebanyakan entri dibuat pada tahun lepas (2013)..Aku 2014 baru nak bukak cerita pasal Lepat dekat blog..sangat dah basi..tapi tidak mengapa lah, aku percaya ramai yang senasib dengan aku yang sangat ketinggalan zaman..baru nak ambil tahu pasal Lepat dan family nya..Aku tertarik dengan satu blog yang buat kronologi kes Lepat..thank you very much yaa..so, aku copy paste sahaja yaa..

KRONOLOGI KES LEPAT:
  • Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
  • Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996
  • Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan
  • 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
  • Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
  • Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
  • Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
  • Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
  • Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Apa yang terjadi pada Lepat sekarang? LEPAT SUDAH PUN BERUMAH TANGGA.. .Telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah,  yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .

Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:

“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.

“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.

“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.

“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.

Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.

“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.

“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.

Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.

sumber: http://kechiksempoi.blogspot.com/2011/03/kisah-lepat-pelukis-jalanan.html

"You know what I FOUND???

Sunni now lives with his mom, Aishah Brummit, in the UK. Not sure whether it's Devon or Bristol but it's in the UK, for sure. And...Sunni is the member of Jukebox Juniors!!! Do you know Jukebox Juniors?? They are one of the best dance group who participated in first UK's Got To Dance! Wow!!!! 

sumber:  http://maherilham.blogspot.com/2012/01/lepat-ismail-ariffin-aishah-jane.html

sunni sazali

Siti Aminah
 
Ahmad Azali
Lepat dan isterinya kini
Itulah saja yang dapat aku kongsikan..tapi seriously, video-video Lepat dengan anak-anak dia memang best..terrbaikk! Dengan loghat Penang Lepat tu..pastu anak-anak dia pun campur loghat Penang + Jerman..soo cute..





Tuesday 22 April 2014

JOM CANTIKKAN MATA

Assalammualaikum and hye semua..!
Hari ni kita cerita pasal beauty tips nak? hahaa..! Actually nak kata mata aku ni cantik sangat tu idokk lerr..siap bermata empat lagi haa..tapi, petua-petua ni aku saja je lah nak share dengan korang..tak salah berkongsi ilmu..hihii

1. MASALAH LEBAM BAWAH MATA
- Masalah lebam bawah mata ni memang buat kita jadi macam panda kan? Tapi ni kira isu yang selalu kita dengar lah..duit banyak habis beli concealer je kan..?apa kata kali ni kita try cara semulajadi pulak..bahannya mudah sahaja, hanya sebiji kentang. Ini kerana kentang sangat sesuai untuk mencerahkan kulit terutama di bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase. Caranya sangat mudah, kisarkan ubi kentang (make sure buang kulit) dan letakkan di atas tuala muka/ kain yang bersih. Sapu di bahagian bawah mata perlahan-lahan. Biar selama 15-20 minit. Setelah selesai, barulah dibasuh dengan air yang bersih.

2. MASALAH MATA SEMBAP & KELETIHAN
- Ini adalah berpunca daripada masalah kurang tidur dan rehat.Jangan risau! Bahan paling sesuai untuk masalah ini ialah uncang teh. Tak kisahlah brand Lipton ke, Boh ke..Uncang teh yang telah digunakan tu, jangan terus buang tau! Masukkan ke dalam peti sejuk untuk seketika. Kemudian, gunakannya dengan menekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu sebelum tidur pasti hasilnya akan awesome! Cara ni juga dapat melambatkan timbulnya garis-garis halus di bahagian bawah mata.



3. NAK BULU MATA LENTIK?
-Nak bulu mata lentik tanpa menggunakan bulu mata palsu cap Che Ta? Mudah je, ambil daun lidah buaya. Sapukan lendir daun lidah buaya tu pada bulu mata sebelum tidur. Lakukan berterusan sampai korang rasa puas hati dengan skala lentikan bulu mata korang..hihii..


Antara rahsia lain mata memukau ialah dengan mengamalkan makanan seperti:-
  • Ikan salmon- ikan ini kaya dengan dengan omega 3. Ia juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin A. Ia dapat membantu menguatkan dan mencerahkan daya penglihatan mata.
  • Kubis- Kubis mengandungi vitamin A, lutein dan zeaxathin yang kaya untuk penjagaan mata.
  • Tomato- Selain membantu dari aspek kulit muka, tomato juga dapat menjadikan mata lebih bersinar kerana ia kaya dengan vitamin C dan lycopence yang penting untuk mata.
  • Bayam- Bayam merupakan antara sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A. Ia mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.
  • Bawang putih- Bawang putih yang digunakan dalam masakan itu mengandungi selenium dan nutrisi seperti vitamin C dan quercetin yang baik untuk mata. 
  • Biji Bunga Matahari- Ia mengandungi selenium dan nutrisi yang boleh mencegah katarak.
So, marilah kita bersama-sama menjaga mata yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya..muehehee..sekian