Pages

Thursday 3 April 2014

GAYAKAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA

Assalammualaikum readers..sihat-sihat semua? hari ni sekali lagi entri khusus buat wanita..hewhew..macam yang semua sedia maklum, dekat pasaran sekarang bermacam-macam jenis tudung mahupun selendang ada kan..tak kisah lah kan..mengikut fesyen semasa tak salah selagi masih mengikut syariat islam..cara pakai tudung atau selendang pun dah macam-macam style sekarang..lilit sana, lilit sini..boleh jugak belajar dari youtube..nak gaya macam mana? Hana Tajima? Diana Amir? Heliza Helmi? Fatin Liyana? Irine Nadia? haa, banyak dah sebut tuu..hahaa..ok, sekarang aku tak nak kasi korang tutorial shawl, nanti lilit nya dari malaysia ke indonesia pulak..haa..cuma nak bagi teknik gayakan tudung atau shawl mengikut bentuk muka..

BENTUK MUKA BULAT


 Bentuk muka bulat seperti dalam gambar diatas dijelaskan kepada mereka yang mempunyai jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertembung di pipi. Anda yang mempunyai bentuk muka bulat disarankan agar menggunakan cekak terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Bagi pemilihan selendang pula, kamu disarankan untuk memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis. Pashmina nipis atau mini sangat sesuai bagi si muka bulat.

BENTUK MUKA BUJUR





Kebiasaannya, inilah bentuk muka idaman semua gadis. sebab apa? kerana ia mudah untuk menyesuaikan jenis tudung yang dipakai. Dalam pemakaian tudung, bentuk muka memainkan peranan penting. Bagi kamu yang mempuyai bentuk muka bujur, kamu bebas memilih gaya bertudung. Kamu juga tidak perlu mengenakan cekak untuk mengekalkan bentuk tudung. Jika kamu penggemar selendang pula, kamu bebas untuk mengenakan apa juga jenis selendang tak kira cotton ke, satin ke, nipis atau tebal..

BENTUK MUKA PETAK

  

Bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Apabila mengenakan tudung, bahagian tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dan gunakan cekak supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka seperti ini perlulah bijak menggayakan selendang. Pemakaian selendang dengan gaya ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.

BENTUK MUKA SEGI TIGA

 
Bentuk muka segitiga atau ada jugak orang panggil bentuk muka diamond..tak kisah lah kan..Huraian pun dah ada. So, kita boleh continue kepada gaya tudung ya..Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka segitiga, pemakaian tudung atau selendang perlu lah ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang nampak terbuka.Untuk tidak nampak terlalu kosong di bahagian sebelah kiri dan kanan telinga, kamu disarankan menggunakan anak tudung jenis hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak jenis lembut sebelum memakai anak tudung tersebut. Gaya selendang pula haruslah menjurus kepada gaya pintalan.

BENTUK MUKA PANJANG



Seperti bentuk muka segitiga, mereka yang mempunyai bentuk muka panjang dijelaskan dengan mempunyai dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lebih lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, kamu disarankan untuk menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang amat sesuai kerana dapat menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Keistimewaan si muka panjang juga adalah sama dengan mereka yang berwajah bujur kerana boleh menggayakan semua jenis selendang.


Sekian tips for today..sharing is caring right..

1 comment:

  1. Betway Casino: The best online casino for - Kadangpintar
    Betway online casino. 바카라 사이트 Betway is an online 바카라사이트 gaming company, where you can win real money 온카지노 online or on-line. This means it's the best

    ReplyDelete