Pages

Wednesday 29 May 2013

HOW TO RELEASE TENSION

Korang selalu tension?tension kerja, tension study, tension dengan bf/gf/tunang/suami/isteri dan macam-macam jenis tension lagi lah kan? Almaklumlah, di zaman dunia millenium ni kan. (Ceh ayat, macam nak buat karangan!) Tetapi!!!! jika anda sering mengalami stress yang berpanjangan... jangan risau! I akan bagi uolls tips macam mana nak kurangkan sikit tension tu. Nak kata zupp! Hilang terus tu tidak ler, tapi boleh lah kurangkan dalam 40% gitu kan...Okeh! Let's check it out...

1. SOLAT

     Ok, yang ni memang tak boleh lari lah dengan kita sebagai seorang muslim kan. Seteruk mana korang punya tension tu, tahap gaban mana pun, at least hati korang akan sedikit tenang apabila pergi berwuduk dan menghadap Yang Maha Esa. Tanpa korang sedari, ketika korang solat iaitu ketika kita sujud, pada saat dan tika itulah darah kita akan mengalir dengan lebih lancar, jantung kita akan mengepam darah dengan lebih banyak..dan sebenarnya solat memang menyihatkan badan kita..


2. SHOPPING


       Hewhew..Tidak ku sangka akan tersenarai jugak benda alah ni..Ok, aktiviti shopping ni biasanya dikaitkan dengan kaum hawa lah kan? Ada orang cakap shopping itu terapi. Kalau tak ada bajet tu, window shopping lah jawabnya kan? Kalau tengah stress tu, agak-agak kepala pun dah kusut teramat sangat dah, pergilah jalan-jalan dekat mall. Cuci mata. Kajian menunjukkan, shopping akan mengurangkan rasa stress dalam diri dan membuatkan anda lupa dengan segala masalah yang ada..Yalah, mana tak nya,            
sibuk usya barang kan.


3.MAKAN

     Err, aku pun tak tau lah benda ni boleh release tension korang ke tak. Tapi, bagi aku,jawapannya YES! Memang menjadi. Aku dah pun mencuba pada tikus makmal aku dan ternyata, beliau sungguh riang ria..Cuba lah try. Selongkar dapur tu, cari benda yang boleh dimakan. Tapi, coklat adalah makanan yang aku rasa paling sesuai. Kenapa? Sebabnya kajian menunjukkan, ketika coklat sedang mencair di dalam mulut, waktu itulah yang akan memberi kegembiraan pada sang pemakan. Coklat jugak dapat mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Oh! korang jangan pikir pasal kegemukan di saat itu ya, sebab kegembiraan lagi penting. Kata nak release tension kan, enjoy je lah.. Setakat 2-3 bar tu tak gemok lah..don't worry!


4.SPA
      
      Ececeh..yang ni khas untuk orang yang ber'wang' lah kan. Boleh lah pergi spa, ambil full pakej. Tapi, sekarang spa tak ada lah mahal sangat kan. Itu kalau bukan full pakej lah. Tapi tengok jugak spa yang korang pergi tu macam mana. Kalau spa yang bertaraf 5 star tu beratus-ratus lah terbangnya. Tapi kalau dapat refleksologi yang bak kata Johan (raja lawak) tu, urutapakkakai tu pun dah ok dah. Urutan-urutan sebegini dapat melancarkan peredaran darah di samping membuang segala toksin dalam badan. Kita pun dapat lah relaks dan lupa dengan masalah untuk seketika. Alaa, payah-payah sangat, korang ambik je minyak angin, sapu satu badan. Mintak lah adik ke, kakak ke tolong urut. Dapat jugak buang angin dalam badan, ye dak?


5. YOGA
     
        Apa itu yoga? Yoga ialah satu senaman. (mudah nya definisi aku). Haa, tak apa lah. Ok, yoga ni ada macam-macam jenis. Macam-macam bentuk posing..Tapi yang ni paling simple--------------------------------->  
Yoga ni boleh diamalkan oleh semua golongan. Wanita yang pregnant pun boleh buat tau. Tapi make sure selalu careful ok? Yoga ni terbukti dapat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan lain-lain masalah lagi lah. Kevin Zahri (pakar fitness tu) yang cakap kat I tau! Ok, ada orang tanya, "Eh, boleh ke buat yoga? Bukan tu amalan kaum hindu ke?" Jawapannya ialah, bagi orang yang beragama Islam, anda hanya boleh mengamalkan yoga secara posisi nya sahaja tanpa membaca sebarang mantera yang selalunya dibaca oleh kaum hindu..

okeh..! So, terbukti setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati lah kan.. Bagi sesiapa yang selalu tension tu, amalkan lah salah satu tips yang saya bagi ni ok.. Tapi kalau tension korang tu dah terlampau sangat, better korangpergi jumpa doktor. Dapatkan rawatan ok?