Pages

Tuesday 22 April 2014

JOM CANTIKKAN MATA

Assalammualaikum and hye semua..!
Hari ni kita cerita pasal beauty tips nak? hahaa..! Actually nak kata mata aku ni cantik sangat tu idokk lerr..siap bermata empat lagi haa..tapi, petua-petua ni aku saja je lah nak share dengan korang..tak salah berkongsi ilmu..hihii

1. MASALAH LEBAM BAWAH MATA
- Masalah lebam bawah mata ni memang buat kita jadi macam panda kan? Tapi ni kira isu yang selalu kita dengar lah..duit banyak habis beli concealer je kan..?apa kata kali ni kita try cara semulajadi pulak..bahannya mudah sahaja, hanya sebiji kentang. Ini kerana kentang sangat sesuai untuk mencerahkan kulit terutama di bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase. Caranya sangat mudah, kisarkan ubi kentang (make sure buang kulit) dan letakkan di atas tuala muka/ kain yang bersih. Sapu di bahagian bawah mata perlahan-lahan. Biar selama 15-20 minit. Setelah selesai, barulah dibasuh dengan air yang bersih.

2. MASALAH MATA SEMBAP & KELETIHAN
- Ini adalah berpunca daripada masalah kurang tidur dan rehat.Jangan risau! Bahan paling sesuai untuk masalah ini ialah uncang teh. Tak kisahlah brand Lipton ke, Boh ke..Uncang teh yang telah digunakan tu, jangan terus buang tau! Masukkan ke dalam peti sejuk untuk seketika. Kemudian, gunakannya dengan menekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu sebelum tidur pasti hasilnya akan awesome! Cara ni juga dapat melambatkan timbulnya garis-garis halus di bahagian bawah mata.



3. NAK BULU MATA LENTIK?
-Nak bulu mata lentik tanpa menggunakan bulu mata palsu cap Che Ta? Mudah je, ambil daun lidah buaya. Sapukan lendir daun lidah buaya tu pada bulu mata sebelum tidur. Lakukan berterusan sampai korang rasa puas hati dengan skala lentikan bulu mata korang..hihii..


Antara rahsia lain mata memukau ialah dengan mengamalkan makanan seperti:-
  • Ikan salmon- ikan ini kaya dengan dengan omega 3. Ia juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin A. Ia dapat membantu menguatkan dan mencerahkan daya penglihatan mata.
  • Kubis- Kubis mengandungi vitamin A, lutein dan zeaxathin yang kaya untuk penjagaan mata.
  • Tomato- Selain membantu dari aspek kulit muka, tomato juga dapat menjadikan mata lebih bersinar kerana ia kaya dengan vitamin C dan lycopence yang penting untuk mata.
  • Bayam- Bayam merupakan antara sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A. Ia mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.
  • Bawang putih- Bawang putih yang digunakan dalam masakan itu mengandungi selenium dan nutrisi seperti vitamin C dan quercetin yang baik untuk mata. 
  • Biji Bunga Matahari- Ia mengandungi selenium dan nutrisi yang boleh mencegah katarak.
So, marilah kita bersama-sama menjaga mata yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya..muehehee..sekian


No comments:

Post a Comment