Pages

Sunday 30 March 2014

MENJADI PENDERMA ORGAN

Assalammualaikum..

Ada tak orang yang rasa scary dengan tajuk entri ni? muahaha..buat apa nak takut nakk...actually aku bukanlah  pendaftar organ..tapi saja suka-suka nak share dengan korang apa itu penderma organ dan kebaikan dia kan...

APA ITU PENDERMAAN ORGAN
 Pendermaan organ merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas meninggal dunia. Transplantasi (pemindahan organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

ORGAN DAN TISU APAKAH YANG BOLEH DIDERMAKAN?
Umumnya, organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung. ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit..

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDERMA?
Sesiapa pun layak menderma, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun, mereka yang berusia bawah daripada 18 tahun perlu lah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

BAGAIMANA ORGAN PENDERMA ITU DIPINDAHKAN?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan satu pembedahan yang bersih dan suci. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperoleh, luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah si penderma tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan dijalankan dengan penuh tertib oleh pakar-pakar.

BILAKAH ORGAN DAN TISU SI PENDERMA ITU DIPEROLEH?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma.
ADAKAH TERDAPAT BANTAHAN DARI SUDUT AGAMA?
Jawapannya adalah TIDAK! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
BAGAIMANA MAHU MENJADI SEORAN PENDERMA ORGAN?
Anda hanya perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional. Sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dan dibawa bersama pada setiap masa. Anda juga dinasihatkan agar memaklumkan hasrat untuk menjadi penderma organ dan tisu kepada ahli keluarga.


No comments:

Post a Comment