Pages

Wednesday 23 April 2014

SITI AMINAH, AHMAD AZALI, SUNNI DAN LEPAT

Assalammualaikum and hye uolls..
Pernah dengar nama Ismail Arifin? Tak? ok, kalau Lepat, pernah dengar? Actually orang yang sama lah tu..Honestly, aku pun baru jugak kenal Lepat beberapa bulan lepas..Sangat ketinggalan zaman kan saya? Orang dah tahu lama dah..*sigh*
Ceritanya macam ni, beberapa bulan yang lepas, di malam yang hening di saat aku dilanda virus kebosanan, maka aku pun melawat lah Mr. Youtube..video yang paling aku suka tengok dekat youtube ialah video budak-budak kecik yang comel-comel tu..serious geram sangat tengok kecomelan dan kepetahan diorang bercakap lah, menyanyi lah, berzikir lah..yang lagi comel bila diorang mengaji..naluri kewanitaan dan keibuan sangat kannn? hahahaa

Then, aku pun terjumpa satu video budak kacukan..namanya Siti Aminah..First video dia yang aku tengok ialah 'Siti Aminah dan Ahmad Azali di rumah baru mereka'..sumpah comel gilakk budak ni..dengan bahasa Melayu yang agak pelat-pelat tu..Then, banyak lagi lah video-video mereka yang aku tengok..A few days later, aku try lah google nama Siti Aminah tu sebab dengan kepoyoan aku yang tahap maksimum ni yang tak tau apa-apa pasal si comel tu..yalah. ingat kot anak artis kacukan mana sebab viewers video-video dia memang ramai..

So lastly, aku jumpa satu nama, Lepat..Who's that Lepat?? so, banyak jugaklah aku bazirkan masa blogwalking dekat blog-blog yang buat entri pasal Lepat..Kebanyakan entri dibuat pada tahun lepas (2013)..Aku 2014 baru nak bukak cerita pasal Lepat dekat blog..sangat dah basi..tapi tidak mengapa lah, aku percaya ramai yang senasib dengan aku yang sangat ketinggalan zaman..baru nak ambil tahu pasal Lepat dan family nya..Aku tertarik dengan satu blog yang buat kronologi kes Lepat..thank you very much yaa..so, aku copy paste sahaja yaa..

KRONOLOGI KES LEPAT:
  • Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
  • Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996
  • Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan
  • 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
  • Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
  • Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
  • Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
  • Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
  • Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Apa yang terjadi pada Lepat sekarang? LEPAT SUDAH PUN BERUMAH TANGGA.. .Telah berkahwin untuk kali kedua dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah,  yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan Siti Aminah serta anak lelaki Ahmad Azli Ceasar, .

Lepat telah banyak berusaha untuk mendapat kembali anaknya Sunni..ikuti kenyataan beliau:

“Sudah puas saya minta bantuan sana sini mendapatkan semula anak saya (Sunni Sazali), tetapi semuanya tidak berhasil. Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia kembali.
“Sudah hampir 14 tahun saya cuba minta tolong pihak berkaitan tetapi semuanya seperti membisu hingga menyebabkan jiwa saya tertekan memikirkannya.

“Sehingga kini, semua pihak seperti sudah melupakannya termasuk juga Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap Sunni ketika dia dilarikan bekas isteri saya,” katanya. Menurutnya, sejak kejadian Sunni dilarikan bekas isterinya, Aishah Jane Brummit, dia banyak memendam perasaan. Katanya, akibat terlalu lama memendam perasaan itu juga menyebabkan dia disahkan menghidap penyakit hulu hati dan buah pinggang.

“Saya menderita penyakit ini sudah sekian lama hingga terpaksa menjalani pembedahan di Jerman pada 2009 dan doktor di sana mengesahkan bahawa penyakit itu disebabkan gangguan emosi kronik yang dialami.

“Siapa yang mampu bertahan dengan situasi dihadapi seperti ini, sudahlah anak dilarikan ketika dalam jagaan ‘pihak berkuasa’, bantuan diharapkan dapat mengusahakan kepulangannya semula juga tidak berhasil,” katanya.

Dia mengakui sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada‘berbual’ dengannya.

“Dengan apa yang terjadi kepada saya ini, saya tidak berdendam kepada Aishah Jane tetapi akan terkilan jika dia dan Sunni tidak lagi mengikut ajaran Islam.

“Walaupun ramai mempersoalkan gaya penampilan saya hingga ada yang pernah mendakwa saya mengikut ajaran sesat, sebenarnya saya taat kepada ajaran Islam dan tidak kisah apa yang orang katakan,” katanya. “Malah, saya ada merancang untuk membawa isteri dan anak-anak di Jerman pulang dan menetap di Malaysia kerana mahukan mereka mendalami ajaran Islam.

Dia juga menceritakan kepada Siti Aminah mengenai Sunni dan dia beriya-iya mahu bertemu dengan abangnya itu.

sumber: http://kechiksempoi.blogspot.com/2011/03/kisah-lepat-pelukis-jalanan.html

"You know what I FOUND???

Sunni now lives with his mom, Aishah Brummit, in the UK. Not sure whether it's Devon or Bristol but it's in the UK, for sure. And...Sunni is the member of Jukebox Juniors!!! Do you know Jukebox Juniors?? They are one of the best dance group who participated in first UK's Got To Dance! Wow!!!! 

sumber:  http://maherilham.blogspot.com/2012/01/lepat-ismail-ariffin-aishah-jane.html

sunni sazali

Siti Aminah
 
Ahmad Azali
Lepat dan isterinya kini
Itulah saja yang dapat aku kongsikan..tapi seriously, video-video Lepat dengan anak-anak dia memang best..terrbaikk! Dengan loghat Penang Lepat tu..pastu anak-anak dia pun campur loghat Penang + Jerman..soo cute..





No comments:

Post a Comment