Pages

Tuesday 1 April 2014

TIPS JAGA RAMBUT WALAUPUN BERTUDUNG

assalammualaikum semua..
Hari ni nak bagi tips pulak..walaupun bertudung, tak bermakna korang kena abaikan penjagaan rambut ya wahai kaum wanita..bagus dah tu tutup aurat..keep it up..always remember, with hijab, automatically you're the queen..

1.  Elakkan memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih basah kerana rambut yang masih basah   akan menjadi lembap di dalam tudung. rambut bukan sahaja akan berbau, malah akan menimbulkan gatal-gatal di kulit kepala.

2. Biarpun sekarang sudah menjadi trend tudung/shawl dipakai secara berlapis-lapis dan pelbagai gaya, namun elakkan memakai tudung lebih daripada empat lapis. semakin tebal kain tudung kamu, semakin sukar untuk rambut bernafas.

3. Hindari memakai tudung berwarna gelap semasa cuaca panas. warna gelap mudah menyerap matahari. jika aktiviti kamu lebih banyak di bawah cahaya matahari, sebaiknya pilih warna yang lembut seperti pastel atau putih.

4. Cubalah untuk tidak mengikat rambut dengan terlalu ketat. menggunakan pengikat rambut yang besar dan tebal juga lebih baik daripada pengikat rambut yang kecil dan nipis. sentiasa variasikan gaya ikatan rambut kerana gaya ikatan rambut yang sama berpotensi untuk menjadikan rambut patah. buat lah ponytail ke, tocang ke, dandan ke..be creative ok..!

5. Sikat rambut dengan lebih kerap. paling tidak pun tiga kali sehari..menyikat rambut samalah seperti melakukan urutan ringan pada kulit kepala.kulit kepala secara tidak langsung akan menjadi lebih relaks dan rambut bebas dari kekusutan..guna jari pun boleh! sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang untuk mengelakkan rambut daripada gugur.

sekian tips dari saya..simple je kan? boleh lah praktikkan lepas ni ya sayang-sayang semua..kekalkan imej bertudung anda di samping menjaga rambut sebaik mungkin..

maaf, si cantik ini bukan saya..^_^

3 comments: