Pages

Thursday 28 April 2016

VACATION: MEDAN, INDONESIA ( Day 2)

Assalammualaikum & hye guyss..
Horas! Horas! Horas! Horas means selamat bagi suku kaum batak.

Let's continue our trip in Medan Indonesia! Selesai je breakfast dan check out di Danau Toba Cottage, next destination yang kami akan pergi ialah Samosir island dan Tomok Village. Kami akan menaiki bot selama lebih kurang 40 minit menyusuri Tasik Toba.

Bot yang membawa kami. Boleh pilih untuk duduk di atas or bawah

View di Samosir island dan Tomok Village

Ada 3 orang remaja menyanyi sambil menghulur bekas minta diisi duit
paling terkejut diorang menyanyi lagu Jamal Abdillah.


Sampai je kat sana kami dibawa untuk melihat rumah tradisonal kaum batak tapi sekarang tak ada dah kaum batak yang tinggal kat rumah camtu. Menurut penerangan dari Pak Rahmat, rumah kaum batak ada 3 jenis. Rumah untuk lelaki, rumah untuk anak dara dan juga rumah datu (macam bomoh). Tiga-tiga tu lain design. Anak dara dekat sana, bila dah capai umur baligh akan diasingkan di dalam satu rumah dan dijaga oleh seorang Nek.

Rumah tradisional masyarakat batak.


Selepas itu, kami dibawa bertemu patung si galir-galir (i'm not sure the spelling). Patung itu dahulunya dikatakan boleh bergerak sendiri dan menari, Kemudian, kami dipakaikan kain ulus (kain selempang) dan aku tak tahu apa nama yang kena pakai atas kepala tu dan ikut tarian tradisional yang diajar sama sorang ibuk dan bapak. 




Di kawasan ini juga, terdapat banyak gerai yang menjual souvenir. Nasihat saya, kalau nak beli cukup lah sekadar key chain kerana di Parapat ini 99% masyarakatnya bukan beragama islam dan kaum batak pula hmm sah-sah lah bukan beragama islam. Kalau di sini, setakat anjing tu bersepah so faham-faham lah yaa. Cara diorang suruh kita beli barang pun agak aggressive sikit, ada yang tarik-tarik. So, be careful..





Selesai di Tomok Village, Pak Rahmat dan Pak Adi bawak kami melawat makam Raja Sidhabutar iaitu Raja batak yang mula-mula memperkenalkan agam kristian kepada masyarakat batak. Sorry tak ada gambar kat sini. 
ini merupakan kalendar kaum batak zaman dulu

Dah habis berjalan di Tomok Village dan Samosir Island, kami teruskan perjalanan menaiki bas ke Brastagi. Sepanjang perjalanan ke Brastagi, aku melentok pejam mata je tahan loya disebabkan jalan yang sangat mencabar. Jalan yang sangat sempit + bengkang bengkok + tepinya curam yang sangat-sangat tinggi. Can you imagine it? Setiap 10 minit, driver bas kena bunyikan hon sebagai tanda isyarat untuk kereta lain dari arah bertentangan. 

Dalam sejam perjalanan, kami berhenti di Puncak Simarjarunjung. To be honest, i really really reallllyyyyy love this place, i love the weather. View dia sangat-sangat cantik and tempat ni sejuk macam kat Cameron Highland. 




cuaca sejuk elok pekena jagung bakar

Dah puas lepak-lepak kat Puncak Simarjarunjung, kami teruskan perjalanan untuk ke air terjun Sipiso-Piso. Kenapa panggil air terjun Sipiso-Piso? Katanya kerana air terjun tersebut tajam macam pisau. Nak tengok air terjun tu dari dekat boleh tapi kena turun tangga yang tinggi gila-gila. Nak turun tu tak ada masalah tapi nak naik tu separuh mati. Kat sini jugak ada kedai-kedai yang jual souvenir dan refreshment.










Dah siap enjoy view kat air terjun Sipiso-Piso, kami teruskan perjalanan ke hotel di Brastagi. Hotel Green Garden. Hotel tu best sebab swimming pool dia 24 hours and bilik dia pun not bad lah. Cuma kadang-kadang kerap blackout sebab kat sini still guna generator so diorang cakap that's why kerap blackout.





Okay tu je cerita untuk Day 2. To be continue...










No comments:

Post a Comment