Pages

Wednesday 1 January 2014

TEMPAT-TEMPAT PELIK LAGI ANEH DI MUKA BUMI

assalamualaikum..hari ni saya nak bawak u olls semua fly pergi tempat-tempat yg maybe cantik untuk shooting, photography, or maybe honeymoon...cepat siap! tempat-tempat ni telah disahkan sebagai tempat yang paling aneh di muka bumi Allah ni..UFO pun tak pernah sampai..tapi tak tau lah kalau dah ada pon manusia yang pernah sampai..ok..jom terbang.....

1. PULAU SOCOTRA,YAMAN

 
     Jika anda pergi ke tempat ni..kompom anda akan ternganga selama 5 minit melihat keadaan sekeliling.. Anda jugak mungkin akan merasakan anda berada di planet lain.. Tumbuh-tumbuhan di sini sangat berbeza berbanding Malaysia. Anda tidak akan jumpa pokok tebu, lalang dan atau pokok bunga raya kerana 37% tumbuh-tumbuhan di sini tidak ada di tempat lain dan 90% haiwan di sini jenis reptilia yg tidak pernah dijumpai..! mungkin anda akan jumpa katak berwarna pink or maybe cicak kacukan siamang..




Kan saya dah kata..pokok dekat sini pelik..dan.....setakat ni...hanya lelaki ni yang menjadi pelancong yg setia..cayalah uncle!


2. RACETRACK PLAYA,USA


      Haa..yg ni menarik sebab tempat ni famous dengan gelaran 'tempat batu berjalan' Nak tau kenapa? sebab batu dekat sini berjalan dan meninggalkan jejak..macam manusia..tapi sampai sekarang belum dapat jawapan macam mana batu tu berpindah tempat sebab sampai sekarang tak ada orang yang pernah tengok batu tu berjalan or berjoging..dan satu lagi, tempat ni hanya mengalami beberapa titis hujan saja pada setiap tahun..


3. RIO TINTO, SEPANYOL


Rio Tinto di sepanyol merupakan tempat yang tiada sumber kehidupan. Suasananya mirip seperti di planet Mars. Tengok dalam gambar macam cantik je kan? Teringin nak pergi? Tak payah lah! Batalkan je hasrat anda kerana ia menyimpan kengeriannya yang tersendiri. Air di sungai Rio Tinto ni sangat masam (pH 2). Sungai ni jugak mengandungi bakteria aerobik extremophile. Hah! berbelit lidah nyebut. Ini merupakan cairan yang biasa digunakan untuk melarutkan metal dan sudah pastinya tidak sesuai untuk manusia.



4.  FLY GEYSER, NEVADA


cantik kan? Macam fairytale pun ada. Tak sangka tempat ni wujud. Tapi, Fly Geyser tersenarai dalam tempat yang aneh di dunia kerana ia merupakan air mata air yang memancut keluar. Bagaimanapun, Fly Geyser merupakan tempat yang sangat terkawal, bukan sembarangan orang yang dapat masuk kerana ia merupakan tanah milik peribadi Hualapai Valley. kalau nak masuk, anda harus meminta izin terlebih dahulu kecuali anda sudah puas melihat dari jarak jauh.


5. SPOTTED LAKE, BRITISH COLUMBIA



spotted lake merupakan tasik masin yang terletak di barat laut Osoyoos, British Columbia. nama spotted lake diambil kerana apabila air menyejat pada musim panas, bintik-bintik besar mineral akan tertinggal.

 




No comments:

Post a Comment