Pages

Sunday 19 January 2014

Alamak! Teman Lelaki Psiko!

Pernah bercinta dengan boyfriend psiko? Oh no!!! Sesiapa yang dah pernah bercinta dengan lelaki psiko mesti serik gila kan? Ada yang sampai trauma pun ada..Nak tengok contoh lelaki psiko, ermm misalnya macam dalam movie P2..Pernah tengok? Ni haa poster dia..


Poster sahaja lah ek? Nak tengok movie pandai-pandai lah korang rujuk yang lebih arif seperti Mr. Youtube..Ok, ada jugak yang masih keliru encik kekasih dia ni psiko ke tidak? Now, i akan bagi tips untuk kenal lelaki-lelaki psiko ni supaya korang cepat-cepat ambil tindakan sama ada nak teruskan perhubungan atau tinggalkan sahaja lelaki psiko ni...


    1. Suka Maki Hamun
       Haa, korang pernah kena maki hamun dengan encik kekasih korang? Even dekat tempat public sekalipun contoh macam dekat kedai mamak atau supermarket. Macam-macam yang keluar dari mulut dia. Kalau ada, maknanya teman lelaki korang tu psiko. Korang perlu tahu kalau dia tu betul-betul sayangkan korang, semestinya dia tidak akan sama sekali menyakitkan atau melukai hati korang..
    2.  Setiap Pertengkaran Akan Mendatangkan Kecederaan
         Walaupun dah bertahun-tahun bercinta, kekasih masih sukar untuk mempercayai kamu. Dia akan berasa curiga dan sentiasa menuduh korang yang bukan-bukan walaupun korang dah berterus- terang dengan dia. Contohnya, bila korang cancel temu janji last-last minit, dia dah tuduh korang nak pergi jumpa buah hati yang lain padahal korang ada kes lain yang lebih berat. Tapi, dia masih tak boleh terima penjelasan korang akhirnya tangan, kaki semua angkat. Kekasih yang sepatutnya melindungi kamu akhirnya yang mencederakan kamu. Macam mana tu?
    3.  Sweet Talker
         Untuk pengetahuan korang, lelaki psiko ni memang mempunyai sifat yang manis mulutnya bak 1 tan gula pasir. Bak kata orang, lembut gigi dari lidah. Macam-macam ayat magik yang dia bagi untuk buat kamu terlentok dengan setiap butir ayat yang keluar dari mulut dia. Motif? Nak buat korang terpikat dekat dia lah. Korang kena hati-hati dengan lelaki macam ni dan sebaiknya kaji dulu latar belakang dia.
    4.   Bijak Berlakon
          Lelaki psiko memang pandai berlakon. Memang layak dapat Anugerah Pelakon Terbaik atau dapat anugerah Oscar. Sebab apa mereka ini bijak berlakon? Kerana mereka mempunyai dua personaliti yang berbeza. Mereka boleh bertukar watak menjadi seorang individu yang sangat penyayang dan tiba-tiba zappp! bertukar kepada individu yang sangat agresif. Kalau korang masih baru lagi bercinta dan kekasih korang ada ciri-ciri ni, nasihat saya better korang tinggalkan sahaja dia walaupun korang sayang gila mati dekat dia. Korang kena fikir jugak masa depan korang bila dengan dia...
    5.   Tidak Menunjukkan Sikap Sebenar
          Mula-mula perkenalan korang dengan dia semuanya indah bagai di alam fantasi. Macam Alice in The Wonderland je..Dia pulak pandai memikat hati korang dengan sikap penyayang, prihatin, romantik dan macam-macam lagi lah. Lengkap semua. Sampai korang rasa tak ada yang buruk dekat dia. Tapi awas sayang-sayangku sekalian. Itu semua taktik dia. Dia akan cuba pikat korang sampai korang akan rasa dialah lelaki yang layak untuk jadi imam korang (goli denn!) tapi hakikatnya dialah pembunuh hidup uolls..
    6. Panas Baran
        Katakan tidak pada kekasih panas baran. Panas baran ada tahap dia ya. Tapi kalau yang jenis satu sms lambat balas 5 minit dah naik pelempang dekat muka, tu dah tahap kronik. Orang yang mempunyai sikap panas baran macam ni biasanya akan melakukan apa sahaja untuk puaskan hati mereka sendiri. Justeru itu, korang mesti dapatkan cara untuk mengelakkan diri daripada mendekati golongan panas baran ini.

       
    7. Kaki Ugut
        Asal bergaduh sikit je dia mesti akan mengugut untuk mencederakan kamu atau dirinya sendiri. Perkataan yang selalu keluar dari mulut dia semuanya berunsur negatif dan dendam. Daripada kata-kata dia kita boleh gambarkan dirinya yang sebenar. Korang sendiri boleh menilai baik buruknya jika meneruskan perhubungan. Jangan sampai satu tahap, korang terpaksa melalui situasi yang menggerunkan memandangkan kes jenayah semakin meningkat sekarang.


      So, dah pikir masak-masak? Nak tinggalkan atau nak teruskan perhubungan? Kalau nak tinggalkan kekasih psiko ni ada caranya. Bukan main redah je mintak putus. Alamatnya habis lah engkau sampai lubang cacing dia cari..Alang-alang tu, saya akan bagi beberapa tips ringkas yang boleh digunakan.


      1.  Tarik diri dengan cara baik. Korang mungkin boleh cuba menjauhkan diri secara  pelahan-lahan daripada dia dengan tidak menghubungi atau berjumpa.

      2.  Berikan alasan yang wajar untuk tidak meneruskan perhubungan ini kerana mendapat tentangan daripada keluarga. Cara ini mungkin mudah sedikit untuk kamu melepaskan diri daripada si psiko tersebut.

      3.  Pastikan kamu tidak memulakan persengketaan untuk melepaskan diri kamu daripada dia kerana ini akan membuatkan mereka lebih bertambah marah. Sebaliknya cuba bercakap secara lembut dan minta dia untuk memahaminya.

      4.  Beritahulah kepada keluarga mengenai hal ini. Mungkin keluarga kamu ada solusi yang lebih baik untuk menyelesaikan kes berat kamu ini. 

      5.  Kamu juga boleh terus menghilangkan diri dengan menukar nombor telefon, block facebook, twitter dan sebagainya yang membolehkan mereka gagal untuk mencari kamu. Mungkin dia akan melupakan kamu. Namun, cara ini agak berisiko untuk dicuba tapi terpulang kepada cara korang sendiri lah.


      Nak teruskan perhubungan? ok, masih boleh. Ikut suka hati korang lah. Mungkin ada yang dah 5 tahun lebih. Sayang nak tinggal. Apa kata......

      • Korang berterus terang tentang perangai dia sebenarnya. Cuba suarakan apa yang korang tak puas hati. Tapi dengan cara yang lembut dan sopan.
      • Mungkin boleh membawa kekasih anda berjumpa pakar psikologi untuk dapatkan lebih banyak info dan motivasi mengenai kekasih korang yang psiko tu.
      • Cuba ajar dia cara untuk lebih menghargai pasangan. Mungkin korang boleh bertukar pandangan. Cuba jugak selidik pasal dia. Mana tau ada sebab dia jadi macam tu, contohnya bekas kekasih dia dulu pernah melakukan hal sedemikian dan akhirnya meninggalkan kesan pada diri dia. Korang perlu ambil tindakan mengubah sikap dia kalau korang sayangkan hubungan korang. So........













      Pilihan di tangan anda!


      *Kalau korang ada tips lain untuk mintak putus atau continue relationship dengan kekasih psiko, sila tinggalkan komen. Sangat dialu-alukan..
       

1 comment: